Korban adalah suatu ibadah. Ia tak wajar untuk disamakan dengan
sembelihan-sembelihan yang lain. Korban juga adalah suatu pengsyariatan
dari Allah.
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi
Ismail saban tahun diulang-ulang tanpa gagal. Ini memberikan satu
petanda yang jelas betapa suci dan murninya ibadah korban itu sendiri.
Ibadah korban tidak sewajarnya dicemari dengan 'lawak bodoh' yang
menjejaskan imej Islam itu sendiri..Apatah lagi
dilakukan oleh penganutnya sendiri.
Hentikanlah 'lawak bodoh' yang merendah-rendah Islam ini, bukan sahaja
pada ibadah korban, malahan juga pada ibadah-ibadah yang lain.
Ibadah korban juga tidak wajar digambarkan dengan sebarang bentuk
keganasan. Ayat-ayat seperti 'selesai bertarung', 'berjaya menewaskan'
atau apa-apa sahaja ayat yang seumpama dengannya, bagaikan memberi
gambaran bahawa binatang yang hendak dikorbankan itu adalah 'musuh' yang
perlu dihapuskan, dan bukanlah sebagai satu tanda kepatuhan kepada
perintah Allah.
Sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban, kita
juga perlu mengorbankan gambaran-gambaran negatif yang terjelas pada
padangan bukan muslim atas tindakan keterlaluan kita dalam
bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah korban.
Selamat berkorban. Semoga Allah menerima semua ibadah korban dan pengorbanan kita.
11 Zulhijjah 1441H
No comments:
Post a Comment