Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang menuturkannya pada waktu siang dengan yakin kemudian mati sebelum petang pada hari yang sama, maka dia ahli syurga. Sesiapa yang menuturkannya pada waktu malam dengan yakin kemudian mati sebelum pagi pada hari sama, maka dia ahli syurga."
( Riwayat Bukhari)
Biasa-biasakan beristighfar kerana istighfar suatu yang luar biasa. Amalan semata-mata tidak mungkin memasukkan kita ke syurga. Hanya dengan rahmat Allah kita ke sana. Keampunan Allah itulah rahmatNya. Andai Allah menawarkan keampunan-Nya untuk setiap ibadah yang kita lakukan, itu pun lebih daripada cukup buat kita.
Biasa-biasakan hati dan lidah beristighfar. Keampunan Allah sangat kita hajati semasa hayat dikandung badan. Rasulullah bahkan beristighfar banyak setiap hari: "Sesungguhnya aku sendiri beristighfar dan bertaubat kepada Allah lebih daripada 70 kali."(Riwayat al-Bukhari) Dalam riwayat lain menyebut sebanyak 100 kali.
Apa lagi tatkala badan dikandungkan tanah pula, hanya keampunan sahajalah yang ditagih. Menjadi sunnah Rasulullah istighfar buat sesiapa yang meninggal dunia.
Apabila selesai pengebumian, Baginda akan berdiri dekat kubur lalu berkata: "Mohonlah keampunan buat saudara kamu." (riwayat Abu Dawud)
"Khabarkanlah kepada sekalian hamba-Ku bahawa Akulah yang Maha Pengampun Maha Pengasih." (Surah Al-Hijr ayat 49)
"Sekiranya kamu terbunuh di jalan Allah atau meninggal dunia, pasti keampunan Allah dan rahmat lebih baik daripada segala yang mereka himpunkan." (Surah Aa Li 'Imran ayat 157"
Sumber : Majalah Solusi Isu 70
No comments:
Post a Comment