Gambar Hiasan
Jack Zenger, memberikan beberapa petua jika anda ingin mengambil contoh atau meniru orang yang berjaya.
1. Jangan pilih orang yang salah.
Buat analisis betul-betul sebelum mengambil contoh daripadanya. Anda mesti bertanya apakah aspek kejayaannya sehingga anda ingin mencontohinya? adakah semata-mata hanya kerana dia masyhur dan tampan? Atau ada perkara lain? Buat penilaian seawal yang mungkin, kerana jika anda mengikut tanpa mengkaji, anda mungkin merana kemudian hari.
2. Jangan sempitkan diri anda kepada orang yang sama bidang sahaja.
Jika anda seorang guru, anda tidak semestinya mengambil teladan seorang guru. Anda boleh mencontohi korporat yang dedikasi,penyanyi yang berdisiplin atau ulama yang mendidik. Cari 'mutiara-mutiara' di sebalik kejayaan mereka dan tiru.
3. Kaji pemimpin anda.
Kaji bagaimana ketua anda mendapat kenaikan gaji dan pangkat. Mengapa dan bagaimana. Adakah anda tidak melakukannya?
4. Buka pintu alternatif bagi mencapai kejayaan.
Ada banyak cara hendak berjaya. Kebanyakkan orang menutup pintu daripada menerima idea-idea kejayaan yang banyak. Mereka menganggap semua itu karut. Mereka hanya berpegang kepada idea-idea lama dan statik. Jangan jadi seperti mereka.
Panduan memilih contoh teladan.
Memilih contoh telada bukan perkara remeh. Silap gaya anda tersimpang buat selama-lamanya. Berhati-hati dalam memilih contoh teladan.Kenali seseorang itu sebelum anda memilihnya sebagai contoh ikutan.
Bagaimana hendak mendapatkan maklumat berkenaan kehebatan bakal ikutan anda? ada beberapa sumber maklumat yang boleh anda rujuk :
1. Buku bioagrafi. Buku yang ditulis khusus menceritakan kehebatan dan kejayaan seseorang. Baca dan buat kajian berkenaan orang yang anda minati dan pelajari daripadanya.
2. Temu ramah. Anda boleh membaca temu ramah berkenaanya dalam akhbar dan majalah.
3. Berjumpa dan bergaul.Kaedah ini paling terperinci, tetapi sukar kerana orang yang berjaya kebiasaannya mempunyai komitmen yang banyak.
4. Bertanya daripada orang lain. Temui keluarga, rakan-rakan, ataupun pekerjanya. Daripada itu anda akan dapat tahu tabiat dan pengurusan kerjanya.
Imam al-Syafi'i menyebut, "Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu dunia dan akhirat maka dia dituntut agar berilmu"
Sumber : Solusiisu70
No comments:
Post a Comment