Saturday, May 21, 2016

HIKMAH SATU PERBANDINGAN....

Gambar Hiasan



بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

۞إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسۡتَحۡيِۦٓ أَن يَضۡرِبَ مَثَلٗا مَّا بَعُوضَةٗ فَمَا فَوۡقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَيَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلٗاۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرٗا وَيَهۡدِي بِهِۦ كَثِيرٗاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٦

26. Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.
Surah Al-Baqarah 2: 26.

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya pada hari kiamat akan dating seseoran yang berbadan gemuk namun di sisi Allah timbangannya tidak dapat melebihi berta sayap seekor nyamuk.” Bacalah ayat, {…..dan kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada hari kiamat}. (Surah Al-Kahf, 18:105). (Hadis Riwayat Bukhari,Sahihul Bukhari, Juz 3, No. Hadis 4729, 1400 H:257). Petikan dari Multazam muka surat 5.

Friday, May 20, 2016

CIRI-CIRI HATI

Sekadar Gambar Hiasan


مَثَلُهُمۡ كَمَثَلِ ٱلَّذِي ٱسۡتَوۡقَدَ نَارٗا فَلَمَّآ أَضَآءَتۡ مَا حَوۡلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمۡ وَتَرَكَهُمۡ فِي ظُلُمَٰتٖ لَّا يُبۡصِرُونَ١٧
 
17. Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
 
صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡيٞ فَهُمۡ لَا يَرۡجِعُونَ١٨
 
18. Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
 
أَوۡ كَصَيِّبٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَٰتٞ وَرَعۡدٞ وَبَرۡقٞ يَجۡعَلُونَ أَصَٰبِعَهُمۡ فِيٓ ءَاذَانِهِم مِّنَ ٱلصَّوَٰعِقِ حَذَرَ ٱلۡمَوۡتِۚ وَٱللَّهُ مُحِيطُۢ بِٱلۡكَٰفِرِينَ١٩
 
19. Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

Surah Al-Baqarah Ayat 17-19.

Daripada Abi Sa'id r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Hati itu ada empat macam, pertama hati yang bersih. Dia seperti lentera yang bercahaya: Kedua, hati yang tertutup. Ia terikat dengan penutupnya: Ketiga hati yang sakit; Dan keempat hati yang terbalik. Adapun hati yang bersih adalah hati orang yang beriman, dia seperti lentera yang bercahaya. Hati yang tertutup adalah hati orang kafir . Hati yang sakit adalah hati orang munafik, dia mengetahui yang baik namun mengingkari. Dan hati yang terbalik adalah hati yang di dalamnya ada iman dan nifak. Contoh keimanan adalah seperti tanah yang dapat memeberikan air yang bersih, sedangkan nifak adalah seperti bisul, di dalamnya hanya nanah dan darah. Maka di antara keduanya, yang paling kuat akan mengalahkan yang lainnya."
(Hadis Riwayat Ahmad). (Ibnu Kasir, Tafsirul Qurani'l Azimi, Jilid 1, 1421 H/2000 M: 305)
Petikan dari Multazam muka surat 4.

Thursday, May 19, 2016

A C D

DEDIKASI KHAS BUAT 
ALLAHYARHAM SALAHUDIN BIN MOHD JUSOH.


( Penulisan ini adalah salinan semula 100%)

Terbaik!

Terlalu umum atau ‘murah’ kalimat itu sekarang.

Hirup teh tarik di sebuah gerai mamak, di pinggir Alor Setar, terus dihantar foto gelas yang tinggal separuh isi dengan 30% adalah busa teh, ke mana-mana grup sembang. Kapsyennya: Terbaik!

Seorang ahli grup, di Ipoh, juga menghirup teh di sebuah gerai entah milik mamak atau siapa. Dia tidak mahu kalah. Dihantar foto gelas yang sudah hampir kosong cuma berbaki sedikit busanya. Kapsyennya: Terbaik!!

Di Jerantut, seorang ahli grup yang mulanya tidak mahu seluruh grup tahu bahawa dia sedang mengeteh di sebuah gerai bersama dua tiga rakan masjid, dalam melayan isu semasa di situ, akhirnya tergerak sama untuk menghantar foto  gelas teh  yang belum surut busanya. Terbaik!!! Demikian tulisnya sambil ditokok lima ikon ibu jari.

Ada lagi....

Tapi kita ambil yang tiga itu sahaja dahulu. Sebenarnya, manakah teh tarik yang TERbaik? Yang di Alor Setar, atau yang di Ipoh, ataukah yang di Jerantut?

Itu baru teh tarik.

Bagaimana dengan mi udang, nasi lemak, laksa, bihun sup....

Itu baru makanan.

Bagaimana pula dengan foto atau kalimat motivasi yang hampir semuanya diulas sebagai TERBAIK? 

Yang mana terbaik?

TERBAIK mempunyai maksud asal PALING BAIK. AMAT baik. 

Tetapi jika sudah ada dua saja yang TERbaik kita sudah keliru, apa pula jika ada berdozen terbaiknya?

Tidak usah bertengkar atau mempertahankan terbaik masing-masing. Mari kita bercakap dengan kepala yang dingin....

Terbaik itu subjektif. Terbaik bagi ABZ, belum tentu begitu bagi GST. XYZ mungkin tidak setuju dengan yang terbaik bagi BBP. Begitu seterusnya...

Mudah kata, setiap orang, setiap kumpulan, setiap komuniti pasti mempunyai sesuatu yang TERBAIK dalam semua hal. Sekali lagi, anggapan sedemikian pastilah tidak akan sama dengan orang, kumpulan atau komuniti yan lain.

Biarkan kerana demikian pula lumrahnya.

Air tangan emak memang TERBAIK. Oleh kerana kita tidak berkongsi emak, maka masing-masing emak punya masakanlah yang terbaik! Tidak boleh dipaksakan orang menerima masakan emak kita sebagai terbaik. Sepertilah juga orang tidak boleh memaksakan kita menganggap masakan emaknya sebagai terbaik….

Itu baru di antara atau sesama kita. Terbaik di kalangan kita. Di negeri atau negara kita.

Bagaimana pula TERBAIK DI DUNIA?

Seluas dunia inilah subjektifnya….

***************************************
Kita pilih satu juzuk TERBAIK.

GURU TERBAIK.

Setiap orang pasti mempunyai  GURU TERBAIK. Kriteria penilaian mungkin berbeza di antara setiap seorang bagi menunjukkan seorang guru itu menjadi terbaik di mata dan hatinya…

Ada yang mendasarkan kepada penyampaian di dalam kelas, keprihatinan terhadap individu penilai, kebolehan atau keupayaan yang dikagumi dan sebagainya.

Tidak berlebihan akan ada pula guru yang terbaik di dunia. Di dunia individu penilai itu…

{Ini tidak berkait dengan GURU TERBAIK DUNIA yang rasmi di mana sudah ada calonnya dari Malaysia}.

AlFalah satu komuniti kecil.

Satu ketika – hujung dekad 80-an - Jabatan Agama Islam Negeri Kedah telah menghantar seorang guru perempuan ke AlFalah.

Zarina Abu Bakar.

Manis orangnya, bersuamikan seorang mualaf dari Sabah. Saya tidak ingat ketika itu pasangan tersebut sudah dikurniakan cahayamata atau belum.

Cikgu Zarina tinggal di Gurun. Kg Sungai Badak, kalau tidak salah  ingatan saya.

Cikgu Zarina melalui sekurang-kurangnya dua fasa setiap hari untuk sampai ke AlFalah. Dari Gurun, beliau menggunakan bas UTC, turun di Simpang Empat. Di pekan kecil itu, sedia menunggu – bersama motorsikalnya -seorang budak Falah [BF].  Mohd Zahir Ismail ketika itu tinggal di Kg Padang Jambu. Dia akan ke Simpang Empat setiap pagi, menunggu tibanya bas yang membawa Cikgu Zarina. Dari situlah, Zahir akan membawa Cikgu Zarina ke AlFalah.

Tengah hari, waktu pulang, jalan yang sama dilalui oleh Cikgu Zarina dan Mohd Zahir. Dari AlFalah, mereka ke Simpang Empat. Mohd Zahir akan pastikan Cikgu Zarina siap melintas jalan utama untuk ke perhentian bas, sebelum dia sendiri berpatah balik, ke rumahnya di Kg Padang Jambu.

Setiap hari persekolahan demikianlah rutin mereka berdua. Bayaran yang disediakan Cikgu Zarina bagi kenderaan dari Simpang empat Ke AlFalah itu, tidak pernah saya tanyakan, baik kepadanya mahu pun kepada ‘drebarnya’…

Cikgu Zarina mengajar pelajaran Sains. Pelajaran lain, tidak saya ingat, mungkin Bahasa Inggeris, kerana beliau merupakan lulusan ITM.

Kehadirannya ke AlFalah meringankan tugasan guru sains yang sedia ada…

Dia ditugaskan mengendalikan pelajaran itu di peringkat menengah atas – tingkatan empat dan lima.

Sayangnya tidak lama Cikgu Zarina sempat mencurahkan bakti di bumi AlFalah. Dari awal lagi, beberapa minggu selepas ditempatkan di sekolah rakyat tertua di mukim Kangkong itu, dia meminta ditukarkan ke sekolah yang lebih dekat dengan tempat tinggalnya. Semua guru dan murid faham situasi yang dihadapinya.

Meski singkat tempoh khidmatnya, kenangan yang ditingggalkan cukup sukar dipadam.

Secara peribadi, saya mengaguminya. Pada waktu senggang, di bilik guru, dia sering merujuk  hal-hal berkaitan agama kepada para ustaz, terutamanya Allahyarham Ustaz Abd Hamid Ismail. “Saya tidak pandai sangat bab agama ini…”katanya selalu, merendah diri. Tetapi berdasarkan soalan dan isi perbualan, saya tahu pengetahuannya tentang agama cukup luas. “Saya ada murid untuk diajar dengan betul dan teliti…”demikian katanya pada satu hari. Dia merujuk anak murid itu adalah suaminya sendiri – seorang mualaf – yang mungkin dikenali semasa sama menuntut di kampus.

Pada hari perpisahan – sempena pertukarannya – kami, guru-guru dan pelajar, telah menganjurkan satu acara yang cukup meriah.

Sehari khas diisi dengan acara untuknya.

Masing-masing berbagi tugas. Baik guru-guru dan seluruh pelajar.

Selain ucapan dari wakil guru, wakil pelajar dan semestinya dari Cikgu Zarina sendiri, gamaknya ada acara pemberian hadiah dari pelajar dan pihak sekolah. Gamakan saja, sebab saya memang tidak ada di dalam dewan ketika acara berlangsung.

Kalau anda membaca entri Ais salji Pun Terbakar, anda mungkin dapat tahu puncanya.

Dalam menyusun menu bagi jamuan di hujung acara, selain ais kacang salji yang diuruskan oleh dua tiga pelajar, air kelapa muda dikatakan minuman kegemaran Cikgu Zarina. Saya – entah bagaimana – telah terpilih menyediakan menu itu.

Dengan bantuan seorang dua pelajar [termasuk pelajar yang saya catatkan di dalam entri tadi], kami menurunkan dua tiga tandan kelapa muda. Siapa yang memanjat tidak saya ingat. Maaf. Semoga Allah memberkati mereka.

Yang saya cukup ingat, di bawah surau, berlapikkan entah tunggul atau kayu apa, saya memancung bontot kelapa, menuang ke dalam bekas, membelah kelapa dan pelajar tadi mencungkil isinya yang lembut lalu dimasukkan ke dalam bekas yang sama.

Acara sedang berlansung di dewan. Saya mendengar tepukan berselangseli dengan ucapan yang sayup-sayup. Setandan kelapa baru setengah dipancung dan dibelah….

Baju yang baru – kesayangan saya pula – telah banyak terpercik ‘getah’ kulit kelapa. Terlupa untuk menukarnya sedangkan bukan jauh pun surau dengan asrama lelaki – tempat saya ikut bersemayam…

Ada pelajar perempuan – AJK Jamuan – datang mengangkat bekas berisi air dan isi kelapa….belumpun sempat peluh kering, mereka datang dengan bekas tadi meminta lagi air dan isi kelapa…

Saya dan pelajar yang ‘malang’ itu terpaksa meneruskan tugas. Hanya telinga sesekali mendengar tepukan manakala ucapan seseorang telah semakin hilang di bawa angin..

Sebaik selesai tugasan, banyak masa juga diperlukan bagi mengeringkan badan serta ke asrama bagi menukar baju.

Saya sampai ke dewan ketika acara makan-makan berada pada suku akhir ketiga…

Seperti acara selalunya, bukan makan minum yang diutamakan. Kepuasan melihat acara berjalan lancar adalah yang utama.

Ketika berbual dengan guru-guru, saya mendengar satu ayat dari Cikgu Zarina yang saya ingat sampai kini. “Acara hari ni lebih meriah dari hari perkahwinan saya!” Ada getar pada ucapan itu yang hanya Allah dan Cikgu Zarina yang tahu maksud sebenarnya. Kami, guru-guru lain, kemudiannya hanya mampu meneka…

Ketika saya nyatakan kepuasan kerana dapat ikut menjayakan acara hari itu dengan orang yang diraikan sejujurnya melahirkan kegembiraan, kepada budak asrama, barulah saya tahu: Cikgu Zarina menyatakan hal berkenaan juga di dalam ucapannya yang mengharukan di dalam dewan…

Cikgu Zarina telah ditukarkan ke SMA Merbok. Saya lupa nama Arabnya. Ada perkataan Darain tapi yang penuhnya saya tidak ingat.

Tempatnya di AlFalah diambil oleh seorang guru dari Alor Setar yang mengajar di Merbok itu. Kiranya seperti pertukaran suka sama suka. Cumanya saya tidak tahu berapa pula jarak di antara rumah Cikgu Zarina ke sekolah berkenaan. Namun tentulah lebih dekat berbanding jarak di antara Gurun ke AlFalah….

Guru dari Alor Setar yang menggantikan Cikgu Zarina adalah Cikgu AlHamidi Che Mat, yang tidak mengambil masa yang lama untuk sesuai di bawah langit AlFalah – dipanggil Sir kerana pengkhususannya dalam mengajar bahasa Inggeris….

Selepas pertukaran itu, tidak lagi saya berkesempatan bertemu dengan Cikgu Zarina di mana-mana, di tempat berkursus, misalnya. Lama kemudian, saya difahamkan, Cikgu Zarina telah melepaskan jawatan guru kerana mendapat rezeki bertugas di sebuah bank terkemuka di ibunegara. Ada budak Falah pernah berjumpanya di sana. Paling akhir, seorang BF yang pernah bertemunya – dan sempat bercerita kepada saya - adalah Suhaimi Md Shah. Sayangnya BF dari Kola itu tidak pun mengambil sebarang maklumat bagi berhubung terus dengan Cikgu Zarina. Sayang… atau malangnya….

Semoga Cikgu Zarina berbahagia sepanjang hayatnya, biar di mana pun dia dan keluarga berada.

Mohd Zahir, drebar Cikgu Zarina dahulu, kini tinggal di Kg Perlis. Rumahnya berhampiran ban kampung – tidak sampai 1KM dari AlFalah. Dia kini hilang upaya setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Mengingat Cikgu Zarina, saya terkenang satu episod.

Semasa dia mengajar di AlFalah cerita ini telah saya dengar sepintas lalu. Betapa ada  dua pelajar lelaki berpuashati dan kagum dengan pengajaran Sains guru itu.

Selepas pertukarannya, hal itu berbangkit. Barulah saya tanyakan kepada dua pelajar tersebut secara jelas. Mereka berikan satu contoh.

[Barang diingat sekolah agama rakyat ketika itu memang tidak ada makmal sains. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi subjek itu sama sahaja dengan dengan proses untuk subjek BM. …..]

Akan Cikgu Zarina, bagi menghuraikan tentang deria rasa dan bau, telah melakukan satu eksperimen. Dikisarnya dua tiga jenis buah di rumahnya, dibawa ke sekolah. Dibuat bentuk pasta dan jus. Dimasukkan setiap jenis kisaran buah itu di dalam bekas kecil. Pelajar ditutup mata dan diminta merasa serta membau/menghidu….

Kaedah itu – sememangnya pun – akan lebih membuatkan para pelajar memahami topik yang dibincangkan…

“Cikgu Zarina memang terbaik…” kata salah seorang BF itu.

“Ya.”tokok rakannya pula. “Cikgu Zarina memang guru terbaik di dunia!

Saya mengangguk faham.

Memang, setiap kita pernah ada seorang atau beberapa orang guru terbaik.


Dan beruntunglah kita jika mendapat pula guru terbaik di dunia!


JALAN LAIN UNTUK MENDAPAT AMPUNAN ALLAH.

(suatu perkongsian hasil tulisan cikgu abdul ghani haron)

     Tulisan kali ini nak mengajak anda semua mendapat ampunan dari Allah dengan cara yang lain dari memohon ampun dan beristighfar. Firman Allah,

 وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ ٣٣ ٱلَّذِينَ

 يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٣٤

" Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” . Ali Imran 133-134.

    Jelas maksud firman ini bahawa kita akan mendapat keampunan Allah dengan jalan menafkahkan harta kita atau bersedekah tidak kira waktu senang atau susah.Jadi jangan kita hanya memohon ampun tetapi bertindaklah seperti saranan Allah,jalan yg dibuka untuk keampunanNya iaitu bersedekah.Sabda nabi," Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” HR. Tirmidzi.

     Ambil usaha supaya kita bersedekah tiap hari kerana tiap hari kita buat dosa cara sedar atau tidak. Sedia satu tabung dirumah,bila terasa berdosa,masukkan seringgit dua,bila sampai waktu buka dan berilah kepada fakir miskin atau buatlah jamuan makan atau hadiah barangan keperluan kepada fakir miskin. Ambil langkah untuk pastikan kita bersedekah tiap hari .

    Ada orang meletak tempat makanan burung,mamak muslim setiap pagi dan petang memberi makan merpati dikedai mereka.Kirim kepada anak yg bersekolah sebotol dua minuman atau kuih,roti ygg lebih dikongsi dengan kawan yang miskin.Beli nasi lemak,bihun atau sebungkus teh lalu dihulur pada jaga dipagar pejabat atau pada cleaner di tempat kerja.Jika tinggal dikampung,pasang paip dengan penapis dan beri air bersih bertapis percuma,dari pengalaman saya bilnya tidak melepasi Rm 200 sebulan,sudah terjamin kita bersedekah tiap hari.Dan 1001 usaha yang boleh difikir untuk memastikan kita bersedekah demi ampunan Allah. Nampak seperti sedekah ini bukan satu pilihan lagi tetapi sepatutnya menjadi wajib kepada kita kerana semua kita mengharap ampunan Allah,kerana kita tidak akan masuk syurga dengan solat seperti sabda nabi,tetapi kita akan masuk syurga dengan kasih sayang Allah.

     Maka mereka yang mendapat ampunan dari Allah merupakan satu ciri Allah mengasihi.Jangan sesekali berkata gaji kecik,mana mampu nak sedekah,jangan celupar mulut mengomel,nak makan pun tak cukup,nak sedekah apa.Sebab sedekah dimasa senang sahaja tidak menepati syarat mendapat ampunan Allah sprt maksud ayat itu,sebaliknya kita juga kena bersedekah dimasa sempit.

     Ambil perhatian hal ini,tidak lengkap bersedekah waktu senang sahaja,bila ada lebih,itupun bagi yg semiaq-semiaq sahaja,ibarat lemak dan lendiran daging sahaja, yang kebanyakan orang buat.Waktu susah atau senang,istiqamahlah dengan bersedekah,hingga jika sebiji tamar yang ada ditangan,koyaklah sebelah untuk sedekah..Jangan menilai sedekah pada ganjaran pahala sahaja,tetapi yg lebih besar ialah ampunan Allah.

     Satu usaha lagi untuk dapat ampunan Allah ialah menahan marah.Seolah bila seseorang menyebab kita menjadi marah itu,sebagai satu peluang untuk dapat ampunan dosa.Ibrahim Adham seorang wali Allah pernah dipukul dikepalanya hingga berdarah,tidak marah apa lagi membalasnya dan dia mengatakan melihat syurga kerana bersabar dengannya.Menahan marah hendaklah diikuti dengan memaafkan,maka janji Allah kita mendapat ampunanNya.Jadi ubah persepsi,bila orang buat kita marah itu,sebagai peluang mendapat ampunan Allah dari membalas dengan api kemarahan.Wallahu a'lam abd ghani haron