Thursday, May 19, 2016



JALAN LAIN UNTUK MENDAPAT AMPUNAN ALLAH.

(suatu perkongsian hasil tulisan cikgu abdul ghani haron)

     Tulisan kali ini nak mengajak anda semua mendapat ampunan dari Allah dengan cara yang lain dari memohon ampun dan beristighfar. Firman Allah,

 وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ ٣٣ ٱلَّذِينَ

 يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٣٤

" Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” . Ali Imran 133-134.

    Jelas maksud firman ini bahawa kita akan mendapat keampunan Allah dengan jalan menafkahkan harta kita atau bersedekah tidak kira waktu senang atau susah.Jadi jangan kita hanya memohon ampun tetapi bertindaklah seperti saranan Allah,jalan yg dibuka untuk keampunanNya iaitu bersedekah.Sabda nabi," Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” HR. Tirmidzi.

     Ambil usaha supaya kita bersedekah tiap hari kerana tiap hari kita buat dosa cara sedar atau tidak. Sedia satu tabung dirumah,bila terasa berdosa,masukkan seringgit dua,bila sampai waktu buka dan berilah kepada fakir miskin atau buatlah jamuan makan atau hadiah barangan keperluan kepada fakir miskin. Ambil langkah untuk pastikan kita bersedekah tiap hari .

    Ada orang meletak tempat makanan burung,mamak muslim setiap pagi dan petang memberi makan merpati dikedai mereka.Kirim kepada anak yg bersekolah sebotol dua minuman atau kuih,roti ygg lebih dikongsi dengan kawan yang miskin.Beli nasi lemak,bihun atau sebungkus teh lalu dihulur pada jaga dipagar pejabat atau pada cleaner di tempat kerja.Jika tinggal dikampung,pasang paip dengan penapis dan beri air bersih bertapis percuma,dari pengalaman saya bilnya tidak melepasi Rm 200 sebulan,sudah terjamin kita bersedekah tiap hari.Dan 1001 usaha yang boleh difikir untuk memastikan kita bersedekah demi ampunan Allah. Nampak seperti sedekah ini bukan satu pilihan lagi tetapi sepatutnya menjadi wajib kepada kita kerana semua kita mengharap ampunan Allah,kerana kita tidak akan masuk syurga dengan solat seperti sabda nabi,tetapi kita akan masuk syurga dengan kasih sayang Allah.

     Maka mereka yang mendapat ampunan dari Allah merupakan satu ciri Allah mengasihi.Jangan sesekali berkata gaji kecik,mana mampu nak sedekah,jangan celupar mulut mengomel,nak makan pun tak cukup,nak sedekah apa.Sebab sedekah dimasa senang sahaja tidak menepati syarat mendapat ampunan Allah sprt maksud ayat itu,sebaliknya kita juga kena bersedekah dimasa sempit.

     Ambil perhatian hal ini,tidak lengkap bersedekah waktu senang sahaja,bila ada lebih,itupun bagi yg semiaq-semiaq sahaja,ibarat lemak dan lendiran daging sahaja, yang kebanyakan orang buat.Waktu susah atau senang,istiqamahlah dengan bersedekah,hingga jika sebiji tamar yang ada ditangan,koyaklah sebelah untuk sedekah..Jangan menilai sedekah pada ganjaran pahala sahaja,tetapi yg lebih besar ialah ampunan Allah.

     Satu usaha lagi untuk dapat ampunan Allah ialah menahan marah.Seolah bila seseorang menyebab kita menjadi marah itu,sebagai satu peluang untuk dapat ampunan dosa.Ibrahim Adham seorang wali Allah pernah dipukul dikepalanya hingga berdarah,tidak marah apa lagi membalasnya dan dia mengatakan melihat syurga kerana bersabar dengannya.Menahan marah hendaklah diikuti dengan memaafkan,maka janji Allah kita mendapat ampunanNya.Jadi ubah persepsi,bila orang buat kita marah itu,sebagai peluang mendapat ampunan Allah dari membalas dengan api kemarahan.Wallahu a'lam abd ghani haron

No comments: